BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

Budak Seringgit

Salam..
Al-kisah..yesterday lunch hour i pg repair ekon kete yg dah-2-kali-repair-tanak-betul-lg. sedang2 berdiri tgk mekanik tu repair2 check2, 
pusing tepi...

woh..

ade sorg budak-dgn-muke-nerd-dan-agak-comot.

"kak, mintak singgit..."kate budak lelaki itu.(umur adelah dlm darjah satuw kot)

"hah, nak wat ape seringgit?" kate model ini.eh tak.perasan.

"nak buat beli air" dengan muke stone die berkate.

"duduk mane?nape xminum air kat umah je?" sy saje je nak ujinilai budak ni kot2 menipu.

"kat umah tadek air.dah habes..."sambil buat muke stone lg.isk.

"yeke..knape tak masak air?" tanya sy mcm nak kena sepuk tak byk btul tanye..saje je.

"tatau.." eh eh jawapan..seb bek die tak jawab no comment kalau tak sy mesti ckp, "eh adik bg jawapan macam artis laaa!:P"

"betul ni tak tipu yer, tipu dose tau, Allah marah..." sy saje je nak ujinilai budak bermuka xde perasaan ni...

"betulll kak...."kate budak itu sambil pandang bawah. ceh. buat muke kesian yer.

"nak hamikla singgit, wat beli air."

dapat singgit terus dia bla.

then,

"adik, budak td tu mintak duit ke?" tanye sorg customer yg dlm mase tu dok tgh repair kete die kat ctu.

"haah, nak singgit wat beli air katenye.."jawab sy dgn polos (ceh polos2 plak :D..ayat takleh bla..)

"elok je awak pusing td, budak tu tengok2 sket lepas tu die masuk cybercafe.."
kate incik itu.

owh, pandai menipu budak tu kecik2 lg.
tp tatau la kot2 air kat cybercafe tu dijual singgit.

takpela dik.akak sedekah.awak tipu awak punye pasal.

tp yg tak berape nak haru kemudian ialah ade bau2an agak semerbak...

apekah pula????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sy terpijak taik kucing yg sgt fresh aaaaaargghhhh.

terima kasih kucing kerana telah menghangitkan lagi hariku ini.

tambah hangit today ekon tu tamoh berfungsi lg.

Ujian~

p/s: bersabarlah roza...mungkin kamu akan dapat sebijik kereta idamanmu esok lusa, mane tau?
ting!keteku bertukar jd mini cooper sebijik. 
heh berangan.

ok bye.

Monday, November 29, 2010

Happy Six Months:)

Salam..
Today genap 6 months suda jd wife org:D

happy six months hubbyku.thanks for always be my superman.:D


okeh ini muke depan & belakang album sy..
full prebiu my wedding album in the next entry.

thanks to khalil, ramai yg puji album cantik.
berminat mendapatkan khidmat fotografi mr. & mrs khalil di majlis anda?


incik khalil ni sy promote nnt kne bg sy free post wedding wawawaaaa makaceh:D

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today! - BB Torch is so interesting lol!

Check out the #CelcomBiz Promo for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800 today! - BB Torch is so interesting lol!

Wednesday, November 24, 2010

Review: DIY Manik on your nikah outfit

Salam...

okey..sy tahu dah basi nak crite ttg ni...dah almost 6 bulan sy kawen..ehem still honeymooner la agagagag lom ngaku basi lg ops!
dulu mase review tak tunjuk step by step pon punyela nak cehpat hahahah...

ehem walaupon baju nikah sy a simple plain white je..sy suke..
sbb ia mendapat sentuhan special sy senirik huhuk..special la sgt kekeke:P

so nak jahit manik kat baju senirik bukan senang...lebih2 lg utk sy yg setakat sket2 je reti nye...
tp bg sesape yg nak jahit manik kat baju senirik tu, sy ucapkan tahniah sebab ade keinginan tu n yg penting kena semangat!

jgn separuh jln je itu yg penting!:P


1) my very plain white outfit...kainnye silky chiffon + soft satin dibeli dr kawan di surabaya...neenaa...tq dear!
tempah pade Mel@Keramat..my tailor..murah je..nak deal ngan die bleh tanye sy k!

2) start jahit manik simple2 je dulu...onon2 nak buat crumble mumble..tp tatau mcmne nak start..so redah je senirik suke ati sy...p/s sila lukis dulu guna pensil slow2 supaye xsenget jahitan manik tu okeh!

3) tambah rancak memanikkan leher baju ini..manik 1/2 dibeli dr kawan di surabaya with kain, n 1/2 beli kat kedai bunga riben @ jalan TAR...okey nak cari manik + riben cantik2 bleh pg kedai ni, byk pilihan n murah gak..

4) tambah manik besau2 plak plus men'jungle'kan lg crumble mumble itu hhehe

5) seterusnye tambah manik panjang yg shining2 tu..n jahitan manik pada bukaan leher...xmo biar kosong..

6) jangan lupe, kne jahit pada bahagian tangan jugak...

7) tampalkan batu swarovski no 1 pelbagai saiz utk kerlipan memukau! (ayat tableh bla ahahaha)

8) jangan dilupa bahagian kaki kain...xmo biar kosong yer...walaupun mata dah terjegil menjahit sorg2!:p
(windu sgt menjahit manik d baju ini)

9) okayyy close up pd bahagian tangan

10) okayy close up pd bahagian leher

11) tampal swarovski...swarovski tampal...jgn iron direct atas baju ye..kang terbakau...iron beralas tau...jgn alas dgn kain berwarna nnt lekat stain plak..(sy ade pengalaman okeh...huhu...)

12) okay done!

13) di hari kejadian...ehem...simple ajer..
:)

okeh dats all..see u in d next entry!~

p/s: tgk senyuman Audrey Hepburn n senyuman sy...mcm same je kann..hahahahahha perasaaannnn:P

okey timekasih incik google.

ok bye.

Review: Gojes Eye Makeup


Salam, just found a very nice blog...link diatas..
baru je married, congratulations!

all i wanted to say i i justtt love her eye makeup...
n her dress is very nice too!

check her blog for more details!:)

 Salam, this morning nak berkongsi tips dr fadzilah kamsah, kaunselor n penceramah feveret sy...
jom bace..n praktis!
goodluck!


63 PETUA BAHAGIA DR FADZILAH KAMSAH 


Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6.. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira gerak batin (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ¡menang-menang¢.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ¡pasangan¢.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut I love you sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.


Monday, November 22, 2010

Oh Elyana! Eyanne & Cik Selamah Sila Jawab.

Salam...
hows life girls?
mine is feeling great!:P
nnt sy menulis tentang aidiladha kali ni..
but this entry mahu review elyana kawen (ceh macam kite kawan2 je ngan elyana)
i like her..xbyk gossip, suke hati die je tanak pakai sliper atas stage lantakla org nak komen ape, n slumber...
n she's married!

* her super beautiful nikah dais:)
theme blu-white-grey

her nikah dress is superb cun..!
hehe sy mmg suka yg chantek2,sape xsuke?
eyanne & cik selamah, ape tema nikah kamu????
sile jawab..
:)

Friday, November 12, 2010

Jam + Roti

"KUALA LUMPUR: Jumlah pengguna yang menggunakan perkhidmatan RapidKL LRT dari Januari hingga September lalu meningkat sebanyak 6.5 peratus, iaitu seramai 43,797,064 orang, berbanding 41,115,759 orang pada tempoh sama tahun lalu."

Berita penuh di sini.




Salam...
ceh tajuk sy xde kne mengena ke?
hehe.


bace today punye news?

pengguna lrt dah meningkat..

tp jam tetap jam kat KL ni.

kenape yer?

ade sesape tahu jawapannye?

timekasih:)


p/s: kalau nak kurangkan stress mase jam, bwakla roti gardenia sedebuk. bleh mkn ngan jam tu. kurang stress.cao.

Friday Offer!!!~

click on the pic to know what is the latest offer!:D

Thursday, November 11, 2010

Review - Group Day Out at PD

Location: Glory Beach Resort PD
Date: 5 & 6 Nov 2010
[Group Day Out]

Day 1: 
okehhh...asalnye nak gerak dr KL awal konon2 jam 10 pg, hehe..tp dok bersantai di umah smpai kol 1130 baru gerak ke PD kot...
nak terkena jam nye mak ai mengalahkan KL..:P
jam 210 ptg baru sampai ke lokasi...
pheww...


okey..bile dah sampai timing baik punye perut dah berdangdut jom makan!
yang bagusnye dorg (GBR - Glory Beach Resort) dah setupkan satu special room utk kitorg mkn so no need to berebut ramai2 :D
okeh gamba ulam jo.


okeh muke tembam dah mkn kenyang hukhuk.


then check in la.
apartment ni ade 2 bedroom & 3 bedroom.
quite oke la...:)




permandangan dr our room sgt menarik mate hohhooo.
legend water chalet.


okeh seterusnye acara berjemur pakai bikini aahhaha bukan...telematch..
sungguh terik mase ni nasibla yoo.


okeh name game atas ni 'drunken sailor' yg sungguh memerlukan byk tenaga n ketahanan mental hahaha..lawak boleh jugak pusing2 sambil pening dan ketawa riang nih!



ohhh cik adik siti baju biru ni sempat lg tengok akak camerawoman nooo!


comel kan!
bersungguh2 maen n banyak menang hadiah budak2 nih!

ermmm byk lg pctures comei2 (budak2) dan sgt2 comel (mak bapak budak2)...
tp xdapetla letak smue kat sini yoo...


okeh sudah sunset jom balik rehat mkn tidow...

penat tp besh!

Day 2:
bekfast. masih in the same special room. yadaaaa sungguh bg sy mkn byk sbb xperlu berebut. tolong, i already gain weight huh!

setup mcm nak kawen2.hehe.

then,
.tdo.free & easy.lunch.check out.

errr kenape mcm ade perkataan tdo tu?:p
okehhh conclusion sgt besh our group trip!
clap clap clap!


mari merancang for next year pulak!

daaaa...till d next entryyy....

Wednesday, November 10, 2010

Teaser - Group Day Out at PD


she is just cute, isn't she?

full review in next post.:)

Tuesday, November 9, 2010

Salam Takziah~

Salam, 
Last wiken we had a group day out at PD..
(will review it here later)

on friday noon, my besfwen's dad kembali ke rahmatullah...
kanser hati...

Syamie dear, harap sabar...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah ayahanda my dear..

he is a very humble and good man...
ku kenal dr zaman sekolah lg...

Al-Fatihah...

Thursday, November 4, 2010

Entriku yang Ke-Seratus! Anda ditag!~

Salam...

waaaa...clap clap...dah tibe ke 100th post....
so sempena entry keseratus ni, let me reveal 10 macam2 perkare about myself... 
(sebenarnye memula ingat nak tulis 100, tp mcm byk sgt la pulak!)

1. Mase sekolah rendah dulu pernah nyanyi nasyid mase majlis penyampaian anugerah akhir tahun...hehe siap jd penyanyi utama lagik...(mase tu suare belum pecah ahhaha)

2. Masuk sekolah menengah jadi penyanyi koir pulak...bahagian suare altur (mcmane eja die lantakla :P)..okeh...sore dah jd agak besar hahahahaa sbb tu xleh join geng soprano !

3. xsuke marah and kena marah...:D

4.hati kecik - cepat merajuk hehe..

5. sy bukan pakar dlm menjahit manik tp sy akan jahit bila hati kate MESTI.
spt utk
 i) baju sy n mak mase sy nak konvo August 2007
ii) baju mase nak apit besfwen sy kawin middle 2008
iii) baju nikah, n veil sanding sy

6. oh yeah sy dah kawen...:D
happy. alhamdulillah.

7. sy ade idea utk gunapakai semula baju sanding sy...:)..mungkin akan buat sesuatu dgn baju itu...
tgh sketching...ow ow ow..

8. sy silap buat map kad kawin sy..
sampai ade yg tersesat sbb kompius dgn map sy..huhu..maap..:p
sy mmg fail bab jalan2 ni...mmg patut beli GPS.

9. sy suke gaya baju labuh skang. 
if tahu mane bleh dpt kain yg best n harge berpatutan tolong bitau sy yer!
cth i loike:







pics: ihsan google

10. okey...last sekali sy mmg suke gaye bag besaq2. lantakla org nak ckp bag lagi besar dr sy ke hape ke sbb sy tau dorg tipu hhahaha..




pics: ihsan google lagik

drooling lagikkkk...i want onee please!!~

baiklah itu 10 things about me.
what are yours?

Saye tag semua followers saye!~


See ya!~


Wednesday, November 3, 2010

Tanpa Aircond~

Salam.

nak tanye ni,
kalau naik kereta u ol suka bukak tingkap or ekon?

saya..

ekon please,
sbb bile bukak tingkap sy bwk kete dgn agak stress.
byk habuk kt kl ni.
asap lg.

nak nyanyi2karok dalm keta pon xberape menjadi sbb takbest la nnt mcm org luar dgr hahahha...

oke kesimpulannye nak repair ekon kete cecepat.

huhhuuu.

Demi Setangki Minyak

Salam,
amacam pagi anda?
pagi ni bace paper harga minyak ron 97 dah naik 5 sen..---okeh ikut harga pasaran...
and ditulis kat ctu harga minyak ron 95 takkan naik lg utk tahun ni..
diulangi..
untuk tahun ni  ye..(tahun ni tinggal berape hari je wes)
tahun depan tatau berape kali naik..
sebab ikut harga pasaran..
diulangi sbb ikut harga pasaran..
aish..
pengguna...ade pilihankah anda?
sebulan isi minyak kete or moto berape rm?
tak isi, xleh g kije, x g kije xdpt gaji, xdpt gaji xleh bg mkn anak bini..
hmmm...
nak ke tanak ke..hatta minyak dah rm 3 hennget seliter pon kena isi jugak...
melainkan tukar, xpayah bwk kete or moto, sume naik public transport..
tp setakat ni pon rasenye public transport dah penus setiap hari...
ade pilihan ke kite?

demi setangki minyak..
dan sesuap nasi...

pasrah.