BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 20, 2014

Anak kedua.

19.8.2014

Jam 5 pagi. 
Sakit lain macam. Macam ni ke contraction? Alamak.. mummy dah lupa.. Tahan je la dulu..

Jam 10 pagi. 
Rasanya kena ready ke hospital. Sakit makin kerap. Ok, mmg contraction la. Siap2kan Qaireen and hantar ke rumah babysitter. Dengan pesanan, bakal ambil lewat sedikit sebab mummy dia nak bersalin dah ni. Huhu.

Jam 11-12 tghari. 
Beli roti je buat makan. Sakit dah makin kerap, mummy dia dah xselera nak makan. Huhu. Ke Hospital Ampang, check2...aiyoo sudah 4 cm. Nurse suruh tukar baju hospital, makan, and ke toilet, sebab jap lagi nak terus masuk labour room. Hoh?! Okey first time terus nak kena masuk labour room..masa Qaireen dulu, menunggu kat wad dah setengah hari sbb bukaan sikit..hehe.
Lain anak, lain ceritanya, kan..

Jam 12.55 ptg. 
Dah masuk dlm labour room kot. Macam dah tak ingat sgt timing ni. Hahaa..tapi ingat ingat lupa jugak sebab kena pecah air ketuban masa ni. And the Dr. said, dalam 5 jam lagi kena bersalin..1 hour for 1 cm..means dlm jam 5.55 ptg kena bersalin dah. Kalau tak Dr. nak bagi ubat apetah utk cepat bersalin. I dah lupa..

Jam 4.00 ptg. 
Hey hey kakak and adik nurse, saya dah tak tahan nak deliverrrrrr.....nurse lak masa ni dok busy sambut baby bilik sebelahh...

Jam 4.55 ptg.
X ingat berapa kali push. N x ingat berapa kali kena marah ngan nurse sbb x dengar kata dia. Hee. Yang penting alhamdulillah, anak mummy dah dilahirkan dengan selamat. Syukur ya Allah..

19/8/2014. 4:55 ptg. 2.59kg. Girl.

Detail lagi, boleh private message. Ladies only.

Till then, jumpa lagi. Next episode lak. Daa~

Tuesday, September 16, 2014

Iklannnn sekejapppp!!!!

Zalora?

Konfem korang dah berkali2 shopping kat Zalora...best ke?

Bagi I, bukannya x biasa shopping Online..n bukanlah selalu sgtpun...

Cuma bila ada moodddd nak shopping tu, yang dah tak boleh ditahan2, tershopping la jugak...

First time membeli dalam talian (cewahhhh) di Zalora, mak jemah amat berpuas hati dengan kualiti barang yang telah dibeli n delivery dia sangatttt pantas okeh!! 

I dah terbeli....
But mine in black color..senang suai padan dengan baju pelbagai warna kat dalam nanti..hehe

And...

But mine in red color..sbb matchingkan dengan my bag..hahaa

I placed an order about 6 pm, and the box of my items arrived the next day, before 12 noon! That's not even one day pun lagi kan! 

So, bagi first time buyer yg nak ngertestt shopping kat Zalora, I nak bg u all discount coupon....

15% off!!!!
Pssttt, jgn lupa sign up kat website dia..dpt off lagi RM 20...best!

Ohhh ni coupon code 15% off ok: 


ZBAP2Yp


Shopping jgn x shopping!

Monday, September 15, 2014

New princess in d house~

Assalamualaikum...

Lama betul x menulis kat sini...berhabuk bersawang...macam nak close pon ye gak...
But I love this space...biar pun jarang2 update..nak gak remain..haha

Current status? Mom of two lil princesses, and on maternity leave..senang cerita, tgh pantang lagi...Huhu...so kita nak cerita apa dulu ye?

- pengalaman bersalin anak kedua

- First princess turned 2 years old!

- penerimaan first lil daughter terhadap adik dia

- pantang oh pantang!

Ok.. So nanti kita update satu..satu...sbb ada masa baby n akaknya tido..mummy nya boleh tdo sama or update blog ok!

Stay tuned!