BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 29, 2010

Jom Shopping!!!~

Salam,
waaa...sy dah update blogshop sy..akhirnya...lama dah x update...hukhuk...
jom shopping tudung sulam!

sedikit prebiu:-







Jom Shopping tudung sulam!
bleh wat raye haji:)

buhbyeee...~

Wednesday, October 27, 2010

Radio pilihan hati

Salam,
pegi kije dgr radio tak?
dgr radio ape?

pilihan hati saye HOT FM.
tataula knape tp addicted dgr hotfm monink.
mndengar si fafau, fbi n ag berceloteh sambil terkekek2 gelakk dlm kereta w hubby.
even tersekat dlm jam.

trimas hot fm.
:)

Tuesday, October 26, 2010

Tagged!

Salam..okey bukan nak tulis about Tagged adik beradik Friendster & Myspace tu...

:D

sy di tag oleh sis wawa...

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup kamoo?
benda?
byk sgt la...xleh nak list kan kat sini:D


2. Benda yang terakhir kamoo beli guna duit sendiri?
ape ye?
owh smlm beli barang dapur sket:D

3. Di manakah tempat kamoo ingin melangsungkan perkahwinan dan tema?
sudah beres...
lokasi: homesweethome
tema: grey + pink + white

4. Adakah kamoo sedang bercinta sekarang?
always.with hubby:D

5. Berapa lama kamoo akan mencintai kekasih kamoo?
sampai syurga.aminnnnnn~

6. Novel/ buku/ majalah yang terakhir kamoo beli?
seri dewi & keluarga (ntah btul tak tajuk die?) october.
tp tak habis bace lagik...

7. Apa nama penuh kamoo?
rosalinda.eh bukanla.
click je fb confirm tahu name penuh.:P

8. Antara mak dan ayah mana yang kamoo lebih mesra?
sama rata:)

9. Adakah kamoo basuh baju sendiri?
of kossss....!

10. Bila tarikh  lahir kamoo dan kat mana kamoo sambut tahun lepas?
4484.tahun lepas sambut kat umah sewa with fwens..n ehemm disuprisekan oleh encik hubby:D

11. Bagitahu tiga perkara tentang orang yang tag kamoo?

name die sis wawa.
senior mase skola kat smsjohor..
die cute ramai peminat:P


12. Lima blogger yang kamoo nak tag: 

cik selamah kundang

eyanne
nuratikah zainal abidin



Friday, October 22, 2010

Baby semua cute!

Salam,
hye..ini bukan nak bercakap ttg gepren or boypren or kekasih hati or hubby or whosoever yg dipanggil baby.. tp mahu bercakap ttg baby yg mmg baby laa ...pada saya boleh panggil baby umur die 1day - 4 or 5 years...bile 6 years die dah kne g skola tadika, pastu sek ren plak..xleh dah panggil baby... :D

baby semua cute kan?!
geram betul tgk baby cute2 ni..isk...

contoh seperti pic dibawah:




okey sgt cun n simple rasenye deco ini...with your baby pics tu...haa..idea ni:)

baby yg terdekat di KL ni are my besfwens punye baby...
Imad & Iris...
last few weeks dah pg menjenguk imad n mummy, tp imad badmud sbb gigi nak tumbuh...nangis manjang...
iris lom sempat jumpe, dah start rindu kat iris isk..

i mish u babies & mummies!

pictures: credit to me:)

 baby iris

baby imad

tak dilupekan jugak, windu kat anak2 buah kesayangan - 3 hero yg suke main game, pastu everytime balik kg cuti2 mesia mesti ajak acik & acik hafiz die men game....:D..siap men game ngan nenek kesayangan dorg lg isk terer my mum men golf dlm game wokeh.

muke hepi beraye d kg:)

muke hepi acik die kawen:D

lagi pictures baby cute yg suke amik gambau...my little cousins...:)

pictures: credit to khalil from http://www.khalilphotography.com/

 danial

mira

*okeyla...mahu baby cute jugak.bye.:D

dats ol, see u in d next entry, take care n bye2!

Tuesday, October 19, 2010

money come money go.isk.

Salam..

my car need new absorber and compressor..
any idea kt mane boleh dpt murah spare parts picanto ni?

need ur suggestion fwens...
area kl okeh...

thanks!

i am blushing!

di suatu petang...

"kate nak kuar, pegi la bersiap...
ayg tu dahla bersiap lambat...
nak pakai eyeshadow laa..pipi shadow laaa.."

heheee...pipi shadow?

blusher la name die:P

[i think its cute]

Friday, October 15, 2010

"TEMA PREWEDDING YANG ANDA RASA MENARIK"

[eheh sy nak masuk contest cik selamah kundang yg pandai ambik gambaqla!]

Pre-Wedding Theme: Futsal's Couple

Why this theme?: Ramai org dah buat tema kat tepi pantai, kat sekolah, kat bangunan2 cantik & xcantik (tp bile dlm gambaq nampak cantik), tp jarangggggg boleh jumpe org wat pre-wed kat padang futsal kot?!
pekate try....mesti u both ingat sampai bile2! pandai2 bergaye okehs!

Color Theme: Couple's  Fav color of kossss~

Props: Padang Futsal lah.
Bebola Sepak pelbagai warna
boleh jugak ajak beshfwens jd props!

Pics sbg rujukan bakal pengantin itu:




pic: ihsan google...timekasih!


BAJET oh BAJET

{mode: sedang mendengar BAJET oh BAJET}

barang berjename tadek tax nampak!

oh perampok!

Salam...
pernah kena rampok @ rompak tak?
isk...skang mcm2 hal la kan...
semakin x berperi kemanusiaan lak tu...
bayk kes dah seperti yg kite bace dlm paper...berlaku kat sekeliling kite..kan...

this morning, 7.10am nak pg keje, tgk kereta abg kena pecah...kat tingkap left side..
kace bertaburan...aiyo...barang2 yg hilang?
sebiji beg lapto & digital cam..
sian my bro...

sungguh xpaham kenapela nak rampok2 org...
please, get a life...
usaha sendiri..cari rezeki yg halal...

hmmm....

hidup ni pendek je...kalau digunekan buat perkare x berpekdah, kan tak berbaloi namenye?

ok.byebye.

Thursday, October 14, 2010

Sharing is caring!~wedding theme black+white+red~

Salam semua,
Last wiken sy ke wedding @ melaka...
the lovely couple is hubby's ofismate...
tema die seperti yg kte tgk dlm pic bwh ni...
cantik!

 Sweet couple!

The black+white + red dais

Ladies~

muahahahaha jgn marah...jerawat oh no!

this wiken ade weddink lg...
kat mersing plak...
ouch sedikit poket pade bulan ini...
but its fine...sbb kte memeriahkan majlis n mendoakan kebahagian the newly wed:)

Again,
CONGRATULATIONS!!~

Tuesday, October 12, 2010

Salam Takziah...


Salam Takziah kepada keluarga mangsa yg terbabit dlm kemalangan ngeri 10.10.10...

  

Bas cuba potong kenderaan tetapi gagal: Penumpang

Sumber: Berita Harian 11.10.10


2010/10/11

SEREMBAN: Seorang penumpang bas ekspres Delima yang terselamat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 12 nyawa petang semalam, mendakwa dia melihat pemandu bas cuba memotong sebuah kenderaan, tetapi gagal dan bas itu mula terhoyong-hayang menyebabkan ia melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan. 

Tew Chi Ling, 18, pelajar Kolej Bandar Utama, berkata dia kini berada dalam keadaan trauma dan terkejut kerana dapat menyaksikan keseluruhan detik cemas, ketika kemalangan itu berlaku."Saya tengok, ramai penumpang bergelimpangan di atas jalan raya dan ada juga yang tersepit di dalam bas. Saya lihat, bas itu sudah dipenuhi darah manusia. Ada yang mengeluh kesakitan, ada yang sudah tidak bersuara lagi. Ada pula yang patah, cedera di kepala. Saya cuba membantu, tetapi tidak berdaya," katanya.Dia sedih kerana banyak suara yang meminta tolong dari dalam bas yang remuk itu, apatah lagi terkejut dengan jeritan tanpa henti penumpang yang terbabit dalam kemalangan maut itu. 

"Saya bernasib baik kerana selamat bersama seorang rakan kolej. Saya masih dirawat, tetapi rakan telah dibenarkan balik. Saya cuma mengalami cedera ringan dan luka di beberapa bahagian badan," katanya ketika ditemui di wad Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini hari ini. 

Sebahagian besar penumpang bas ekspres Delima itu sedang tidur ketika kenderaan itu melambung, terhempas dan melanggar beberapa kenderaan lain di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, di Rembau. 

Menurut beberapa penumpang yang terselamat, mereka melihat penumpang lain yang ketika itu ramai yang tidur melambung keluar dari bumbung bas yang pecah, selain beberapa lagi tersepit apabila bas itu terhempas di atas jalan raya. 
Seorang lagi penumpang, Liow Sin Ren, 23, berkata dia tidak sedar apa yang berlaku kerana tidur dan hanya menyedari apabila bas sudah terbalik. 

"Bila saya sedar seluruh badan terasa sakit. Saya buka mata perlahan-lahan dan terkejut apabila bumbung bas sudah tercabut," katanya yang mengalami keretakan pada tulang hidung dan pipi. 

Katanya, doktor terpaksa menyedut serpihan kaca yang masuk ke dalam telinganya. 

Seorang lagi mangsa yang selamat, Nur Najlaa Aquilah Mohd Ghazali, 19, yang kehilangan sebahagian kulit dan daging di pergelangan tangan kirinya berkata dia berada dalam keadaan separuh sedar dan pening kerana bas itu berpusing dan terhoyong-hayang. 

"Saya terhantuk dan kepala pening sebaik sahaja bas yang dinaiki terbabit dalam kemalangan. Apabila saya sedar, saya lihat pakaian saya dibasahi dengan darah," katanya. 

Beliau berkata, ramai penumpang yang mengerang kesakitan dan ada juga yang merangkak keluar dari bas yang sudah remuk. 

"Saya menangis apabila melihat darah banyak mengalir dari pergelangan tangan dan dimaklumkan ia terkoyak semasa kemalangan itu berlaku," kata pelajar Universiti Malaya itu. 

Sementara itu, beberapa lagi mangsa yang cedera tidak dapat ditemubual kerana masih berada dalam keadaan lemah dan trauma berikutan kejadian itu. 

Turut kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa yang terselamat di bilik wad berkenaan dan perkarangan menunggu di luar wad terbabit. 

Sehingga kini, HTJ telah menerima 24 mangsa yang cedera di tiga wad iaitu wad pembedahan, wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad "High Dispency" (HDW) dan semua mangsa dilaporkan stabil serta diberi perhatian sebaik mungkin oleh doktor yang bertugas. 

Seramai 12 orang terbunuh manakala lebih 40 dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas, sebuah van dan dua kereta dalam pada 6.40 petang semalam. 

Nahas itu berlaku apabila bas ekspres Delima yang dipandu laju, gagal dikawal dan terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan dan melanggar van, bas sebelum menghempap dua kereta. - BERNAMA 

Friday, October 8, 2010

Jatuh Cinta....!

Salam...
hye dah lame sy tak window shoppink la...isk giannye..aiyohhh..
two days ago nyaris membeli belahkan duit kerna jatuh cinta ngan bebaju kat satu butik ni...
naseb baek en.hubby pandai menenangkan dgn janji manis tunggu die gaji hujung bulan mwahahahhaha....
:D

ihsan dr google.

sekarang sy jatuh cinte dgn baju diatas.

Oh No!!!

Tuesday, October 5, 2010

Offer dr PTPTN - Penting!!

Suke tak??? Sy nak share ni sbb ramai antare kite (merujuk kepade peminjam PTPTN) mmg tak berape cukup wang nak bayar 3% tu uhuhuhu...... Terima Kasih PTPTN...uhuk. Cepat2 jd 1% pliss...jd 0.001% pun bagus gak:D...any comment?


"Untuk makluman semua peminjam, PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan proses penawaran tersebut peminjam dikehendaki mengemaskini maklumat yang diperlukan didalam laman web kemaskini Ujrah (klik di sini). Jadual untuk mengemaskini maklumat penawaran pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) dapat dirujuk di sini. Carta alir proses penawaran pembiayaan pendidikan / ujrah boleh didapati di sini."

Jadual Kemaskini Maklumat Bagi Proses Penawaran Ujrah
TAHUN KELULUSAN PINJAMAN TARIKH MULA KEMASKINI
2006, 2007 dan 2008 20/9/2010
2003, 2004 dan 2005 01/11/2010
2002 dan tahun-tahun sebelumnya 01/12/2010

Tiup2 fuhhhhhhh!~

Salam..
Tiup2,fuhhh fuhhh...uih berdebu dah blog sy sbb dah lame xde tulis pape... 
sy byk je mende yg nak ditulis tp mase x mengizinkan..
so today ade mase sket..
:)

Syawal dah nak sampai ke penghujung utk tahun ni,
ade lg yg buat open house ek hujung2 ni?
ade jugak beberape jemputan open house yg xdpt dipenuhi..
i am so sorryyy...
(ditujukan kepade my besfwen Ecot & opismate, Cik Intan)
sungguh xberkesempatan:(

Sedihnya hati, Ramadhan dah berlalu, dan Syawal juge hampir meninggalkan kite..
ntah bertemu lg next year tak? InsyaAllah...Aminn....

Ramadhan dan Syawal sy berbeza tahun ni...
sudah berdua, n ade family lg satu...:)
rutin pun dah jd berbeza...
tp alhamdulillah semuanya berjalan lancar..syukur sgt..:)

Doakan yang terbaik setiap hari...:)