BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 20, 2010

Nak Daftar Perniagaan Secare Online lah.

Salam & Hye,
Last friday chitchat ngan my bf.besfren yer bukan boifren.
boleh tak lemba*nye saye baru tau about:


'400 Usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan'
Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

"Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

"Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.-Bernama

Harian Metro
20 July 2010


napekah saye baru tau?wallaawweehhhh apedaaaa....
nak kena ke puan roza????

baiklah ssm..
sy nak daftar sekarang jugak..
biarpon cume bisnes online kecil2..jgn xdaftar woh nnt kena saman ..
mane nak cari duet byr saman tu nnt x pepasal je woh.

baiklah start dr friday sammmmpaaaiiiilaaaa today,
xhabes2 dok try nak daftar secare online.

tp,
apekah???
kenapekahhh???
xdapat2 jugak.
xboleh login mygov la..ape la...
ni gua hangin niiii!!!
(oppss)

tolongla nak daftar online laa..plis plis.
admin mygov tolong reply email sy segera.huhu. (bajet artis la org nak reply email kamu segera lak tu huhu)

okeh.
nak try login n daftar lg skali.

tatata.

0 comments: