BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

Ramadhan 1435H

Assalamualaikum...

Subhanallah... Alhamdulillah kita masih bernafas di muka bumi milik Allah ini...
Sayu hati melihat penderitaan umat Islam di Gaza... Semoga Allah melindungi mereka..Amin...Aminnn...


Ramadhan tahun ini agak berbeza..bagi saya...berbeza dari segi apa ye?
Tahun ini berpuasa bersama adik untuk kakak QA..alhamdulillah sudah masuk 32 minggu..
pejam celik..pejam celik...lagi sebulan setengah - 2 bulan, InsyaAllah..semoga Allah permudahkan..akan melahirkan seorang lagi permata hati:)


Berpuasa and dlm masa yang sama uruskan baby QA (walaupon in 2 months QA dah nak masuk 2 tahun..i nak panggil dia baby QA jugak:P), plus heavily pregnant, 
semestinya perlukan banyak kesabaran...and ikut schedule..:P
hehe..bangun sahur mesti makan nasi + kurma,
so that x longlai sewaktu siang berpuasa...
petang balik kerja, masak, berbuka, etc etc...
jam 930 pm serius dah flat..huhu..hubby saje ke surau solat terawikh..
Allahuakbar..

Sudah hari ke-12 kita berpuasa, bazar ramadhan memang belum jejak lagi..belum sempat..atau alasan lain..mmg agak malas ke bazar.. seperti tahun2 sudah..
sebabnya..masak kat rumah simple2 sudah...kalau pergi bazar, beli banyak, makannya sikit:P membazir pulak..kan..


tapi kalau dah sampai lewat di rumah, plus workload kat office waktu siang memenatkan,
atau satu lagi alasan---> dah tatau nak masak apa,
memang ajak hubby beli bungkus kat luar je..tapi die kedai2 yang biasa beli and record pada kami ok:)
risau jugak bulan2 puasa ni, ramai kan yang nak berniaga..tapi please jaga kebersihan..risaukan keracunan makanan pulak..tapi InsyaAllah semua ok kan!

ermm...banyak lagi nak ditulis..
tapi penangan dah lama tak menulis kat sini,
blurrrr jap hahahaha

nantila kita sambung lagi k...

next post will be on my preparation for both..sambut baby and sambut raya..hehe...

ok till then,

daaa!!!~


Sunday, January 9, 2011

Tanda2 Hamil...

Salam & Hye,

Kenape tetibe saya menulis pasal pregnancy ni..
hehe..
i am a wife..so tak pelik la kan:p

before this tulis pasal wedding, life, & fashion..
today rase nak tulis about pregnancy plak..

so here u go!

-------------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!

-----------------------------------------------------------------------------------

hehe...
tahniah kepade yang bakal dpt baby..
& goodluck kepade yg sedang berusaha..
InsyaAllah, kalau Allah nak bagi kat kita..rezeki kita...
ada jugak tu..
antara lambat & cepat je..
doa banyak2..:)
& banyakkan bersabar.. & jangan putus asa..

semoga Allah berkati kita semua..
Amin..